“ Solat yang ditunaikan pada waktu tertentu dan mengikut tertib dapat melatih seseorang muslim untuk berdisiplin dan mudah mematuhi arahan. Sifat ini dibawa pula dalam pengurusan jadual seharian dengan mengambil kira penjagaan masa dengan sebaiknya. ”
An-Nissa:103
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan ketahuilah solat (mengingat Allah) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan
Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amalan yang lain
Sehampir-hampir Allah kepada hambaNya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah
Mukmin sejati
Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan merendah diri , hati dan anggota ketika solat serta dilakukan adalah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapat khusyuk dalam solat.
Antaranya ialah kita perlu memahami maksud ayat dan lafaz yang dibaca, menumpukan pandangan ke tempat sujud, melakukan solat dengan tidak tergesa-gesa dan yang paling utama ialah kita menunaikan solat dengan ikhlas.